Khamis, 25 Ogos 2022

Mental Health

Hi blog 😉

Semalam ada kawan lama wasap nak mengadu pasal tempat kerja barunya. Kawan ni mcm Jah jugak, x serius dalam bekerja, selalu berhenti & tukar-tukar tempat kerja. Dia kata dia selalu dimarahi kat tempat kerja baru ni.

Di facebook dia pernah share pasal mental health. "pentingkan kesihatan mental kita tanpa memikirkan pasal orang lain". Jah rasa dia sama macam Jah dulu. kami bukan stress sbb kerja, kami cuma x henti-henti cari alasan untuk berhenti kerja, berselindung di sebalik bisnes online, yg jauh dalam lubuk hati kami, kami sedar bisnes kami cukup-cukup makan je.

Bukan nak menghina bisnes online @ mana-mana seller online, ade je seller yang bisnes dia laku keras, tp Jah & kawan ni x tergolong dalam golongan tu. huhu. Jah pesan kat kawan tu sabar lah dulu. jangan jadi mcm Jah dulu. Berhenti tanpa ada tabungan, tanpa ada niat nak sambung kerja balik, dgn niat nak niaga online yang makin lama makin makan segala tabungan Jah yang sedia x banyak tu. huhu

Sekian utk harini, babai blog 💨

Jah, RP
250822, 09:56PM


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Takutnya Menjadi Tua

Aku lihat kiri kanan, Aku nampak orang-orang dalam kesenangan, Aku lihat diri ku, Aku nampak kekosongan. Orang-orang banyak usaha, Oh patutl...