Ahad, 4 September 2022

Takutnya Menjadi Tua

Aku lihat kiri kanan,

Aku nampak orang-orang dalam kesenangan,

Aku lihat diri ku,

Aku nampak kekosongan.


Orang-orang banyak usaha,

Oh patutlah senang.

Apa aku kurang usaha?

Masih lagi dalam kesusahan.


Apa pula pandangan orang,

Terhadap ku yang aku sendiri pun tak sanggup pandang lama.

Kesian nya kat dia, masih lagi membilang harta,

Sedang orang bersenang girang.


Adakah kerana aku bongkak saat aku memiliki?

Jika begitu ampunkan aku orang.

Jika aku sombong, ampunkan aku Tuhan.


Aku juga ingin berlenang-lenang,

Tanpa mengira sen dan wang.

Aku juga ingin berubah,

Tanpa kenal penat lelah.


Aku mahu menjadi seperti orang,

Aku mahu jadi seperti tiada apa,

Walau berjuta benda sedang menebak rasa.


Jah, Tapah

0509221, 12:06pm





Khamis, 25 Ogos 2022

Mental Health

Hi blog 😉

Semalam ada kawan lama wasap nak mengadu pasal tempat kerja barunya. Kawan ni mcm Jah jugak, x serius dalam bekerja, selalu berhenti & tukar-tukar tempat kerja. Dia kata dia selalu dimarahi kat tempat kerja baru ni.

Di facebook dia pernah share pasal mental health. "pentingkan kesihatan mental kita tanpa memikirkan pasal orang lain". Jah rasa dia sama macam Jah dulu. kami bukan stress sbb kerja, kami cuma x henti-henti cari alasan untuk berhenti kerja, berselindung di sebalik bisnes online, yg jauh dalam lubuk hati kami, kami sedar bisnes kami cukup-cukup makan je.

Bukan nak menghina bisnes online @ mana-mana seller online, ade je seller yang bisnes dia laku keras, tp Jah & kawan ni x tergolong dalam golongan tu. huhu. Jah pesan kat kawan tu sabar lah dulu. jangan jadi mcm Jah dulu. Berhenti tanpa ada tabungan, tanpa ada niat nak sambung kerja balik, dgn niat nak niaga online yang makin lama makin makan segala tabungan Jah yang sedia x banyak tu. huhu

Sekian utk harini, babai blog 💨

Jah, RP
250822, 09:56PM


Isnin, 25 Julai 2022

Setelah 8 Tahun Konvo Degree

Hi Blog, x pasti blog ni akan ada org baca ke x. jadi Jah sapa blog je lah (hi blog ;)) 

Dah lama kaki melangkah, cuba mencari rezki di bumi Allah. Jah rasa macam x ke mana2 pun lg fasa hidup Jah ni.

Usia Jah dah 30 lebih, orang lain ada family sendiri, kerja bagus, kereta, rumah. Jah x de semua tu lagi. 

Tapi Alhamdulillah, Jah masih ada mak ayah yang sehari-hari dapat tengok diorang, berbual, bergurau, makan sama, solat sama-sama. membawang sama-sama-sama dsb mungkin itulah rezki Jah sekarang. insyAllah, ada yang lebih baik menanti. doakan ye semua.   

Jah, RP 
260722,01:54pm

Takutnya Menjadi Tua

Aku lihat kiri kanan, Aku nampak orang-orang dalam kesenangan, Aku lihat diri ku, Aku nampak kekosongan. Orang-orang banyak usaha, Oh patutl...